syafiqah

syafiqah
i am muslim :)

Wednesday, 26 March 2014

Gadis Kecil di Pinggir Gaza

Bismillahirrahmaanirrahim,




Okehh,,hari ni tertarik sangat nak kongsi cerita pasal novel Gadis Kecil di Pinggir Gaza ni. sebenarnya baca novel ni memang dah jadi hobi aku sejak skolah rendah lagi sbb time tu akak2 ak semua yg skola menengah da mula berjinak2 dgn novel2 ni hah. so sikit sebanyak aku pon turut terkena tempias asyiknya membaca novel sampai lebam bijik mata x tido.

Tapi time tu mana ada usik novel2 islamik ni..zaman jahiliyyah kann..atas rak semua berderet novel cinta je. x cukup kakak2 ak beli,,aku pon join same konon2 gigih tambah koleksi atas rak tu. cakap jela novel ap femes dulu2? semua aku hado! ishhh,,membazir gila..

ok sambung cte pasal novel ni, sebenarnye novel ni kawan ak yg blanje. dapat baucer buku kan..haruslah dikongsi bersama dgn org yg melopong x dpt ni. so, untuk menghargai pemberian dye tu ak pilih la novel2 yg islamik2 sikit. org belanje kan x kan nk amik yg laghah2..ehh kau ni!

So dengan penuh keterujaan mlm tu jugak ak mula belek2 buku tu (padahal kat popular tadi dah belek 2 jam!)..bace sikit2 biodata pengarang n segala tulisan yg ada kat kulit buku tu. jujur ak sebenarnya tertarik nak beli buku ni sebab ak nampak ada sedikit coretan dari kak Wardina Safiyyah kat kulit buku tu..serius rasa serba salah kalau kte belek je dan x bace! ok bunyik dye begini..

" Kita perlu ambil tahu kerana sejarah Palestin ada kena mengena dengan setiap Muslim. Bumi Anbiya', dimana para Nabi, para sahabat berjalan dan berdakwah berkurun lamanya. Ambil peduli wahai Muslimin Muslimat." - Wardina Safiyyah Fadlullah

Jadi ak memang rasa ak perlu sangat ambil tahu pasal sejarah dan apa sebenarnye yg berlaku kat Palestin sekarang. sebab sebelum ni kte semua ( terutama akulah) hanya tahu yang bumi Palestin dijajah oleh kuasa Israel laknatullah dengan kejam dan mereka sangat menderita. tapi kita tak cukup tahu bagaimana mereka menderita dan betapa tabahnya mereka!

novel ni menceritakan pasal seorang kanak2 perempuan yg bernama Palestin berumur 11 tahun dan pada usia semuda tu dia sudah hidup sendiri. ibu dan adik beradiknya telah terkorban dalam pengeboman zionis manakala ayahnya dikhabarkan sudah berada dalam tawanan zionis. so Palestine tetap semangat meneruskan hidup dengan satu matlamat iaitu untuk mencari ayahnya.

Jujur kata kalau korang bace buku ni,, x yah banyak la.. 1-2 bab je air mata korang da boleh tadah buat cuci muka sebelum tidur. kalau teruskan pembacaan hingga ke bab 20 insyaAllah cukup untuk buat komoh2 berus gigi sekali. sedih sangat tersangat sangat. tabik betul pd penulis novel ni, kak Vanny Chrisma W. sebab bila kte bace betol2 rasa mcm kte kat tempat orang2 Palestin ni. rasa marah yg membuak2 pada Israel laknatullah ni jgn cakap lagi la..memang rasa macam aiii....@#$%&!

lagi satu aku nak tekankan, banyak pengajaran yg kte boleh kte dapat dan contohi daripada sikap mereka rakyat di Palestin yg diceritakan dlm novel ni..ketahuilah kita bahawa kte kat Malaysia ni hidup terlalu senang....terlalu! oleh itu,bersyukur lah dengan kehidupan kte sekarang ni dan jangan terlalu selesa. sebab kte kene ingt.. Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara antaranya adalah melalui kesenangan yang diberikan. ingat tuu..Allah nak tarik balik nikmat Dia bila2 masa je..

okayy,,habis dah cerita. aku harap dengan penerangan yg ala kadar dan x berapa nk semenggah ni dpt suntik keterujaan korang sampai terlompat2 sbb x sabar nak bace buku ni. hehee .. ehh btw buku ni x mahal ponnn.. RM18 je dan kalau uolss ada member card popular tu..haaa mesti dpt lagi murah punya!


p/s : maaf sekiranya ada tersalah bahasa dan kata. Yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang daripada diri aku sendiri.. wassalam :)