syafiqah

syafiqah
i am muslim :)

Sunday, 6 April 2014

Nilai Sehelai Kertas Yang Ada Gambar Sultan

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum semua,, okehh hari ni ak nk kongsi sikit cerita pasal duit dan nak bagi tau betapa bernilainya sehelai kertas yang ada gambar sultan tu.. selama ni kte senang je, asal sikit je --> mak nak tu, ayah nak ni, kak nak tu, abang nak ni blaa blaa blaa.... --> tu semua tahap dialog standard yg aku da lancar ckp la kt family dulu.. DULU! Selagi boleh mintak....mintak! tapi tu dulu la.. DULU! sbb skrg ak x buat lagi mcm tu..skrg ak mintak barang2 murah je...macam... buku2 bila ad diskaun kt popular, dominos pizza yg tgah buat promosi, jubah lelong dan mcm2 lagi yg ad potongan harga! hahahaha. (ye ye je kau tijah!)


Tapi yg nak cerita ni, aku mula sedar betapa susahnya nak dpt duit tu bila time cuti skola dan mula berjinak2 cari kerja. masa tu saja2 je test market sbnrnye boleh dpt ke x keje.. haha .. tapi confirm la sesape je boleh dpt kan sbb kerja yg ak mohon tu jadi pembantu jualan kat kedai buku je. cettt! dan selepas itu bekerja lah aku di situ selama sebulan suku.. aik? ad plk suku kan? nk tahu kenapa ak letak jugak suku tu??... sebab..nmpk la lama sikit ak kerja kat kedai tu kan berbanding sebulan je.. haha ..


Pepagi buta dah pegi kerja n malam2 buta baru balik sampai kehidupan aku waktu tu pun penuh dengan kebutaan! serius cakap memang penat.. SANGAT! balik keje je mesti mintak tolong mak picitkan kaki sbb lenguh berdiri lama.. kehidupan aku masa tu pun ak rasa mcm berubah sekejap. iyerlahh mcm x de life rasa sbb bnyk habiskan masa kat tmpt kerja je. balik rumah hanya untuk tidur dan besok pagi pergi kerja balik. oh maiiii... ohh lagi satu lupa nk cakap, percaya atau tidak,,, berat aku turun 8kg sepanjang 1 bulan suku ak kerja tu.. wow!! ak hebat bukan? hahaha.. tapi kira ok la ak dpt gaji RM800 + dapat kuruskan badan! hoho =='


Lepas tu,, nak dipanjangkan cerita lagi masa ak baru habis stpm ak ad la kerja sikit2 untuk penuhkan masa cuti yg sangat lama antaranya adlah memasak, mengemas, membasuh, bertani dan sebagainya dan itu semua ak lakukan dirumah sendiri. haha .. ok x lawak! bukan ak x nk mintak kerja lain tp dah x de rezeki kan. sbb masa baru habis paper stpm ak ad jugak isi2 borang nk jadi cikgu skolah agama petang tu.. tapi sayang seribu kali sayang (cehh) bila dah dapat panggil interview, tarikhnya plk x berapa nak kena sbb tarikh tu jugak la ak n family nak berangkat ke umrah.. so senang cerita memang ak x de rezeki time tu nk jadi ticer.. Allah knows best!


Tapi setelah beberapa bulan aku menganggur, tetiba ad kawan ak tanya nak kerja x? so,, gila x nak? ak dah kering dok rumah ni x de duit masuk! ak pon dengan riang gembira menerima tawaran dye tu untuk kerja kat kedai milik kawan dia.. mula2 tu mcm ok walaupun nmpk mcm pnt..aku teruskan jugak..tapi bila masuk ptg ak macam dah x tahan. haha . ini bukan kes ngada ngada ke ngoda ngodi! kerja dlm khemah tengah2 terik mentari dan hanya berbekalkan kipas yg nunnn tinggi di atas bumbung khemah memang gojess sangat rasa dia. dan selama satu hari bersamaan 14 jam aku kerja tuu boleh kira berapa minit yg ak dpt duduk.. dan serius cakap jugak ak bukan salahkan toke dia sbb toke dye pun nampak macam sama2 join berpenat dengan kteorg yg kuli ni.. haha .. tapi akhirnya ak buat keputusan untuk BERHENTI KERJA jugak selepas pnt satu hari membanting tulang. haha . bukan x kesian kat bos yg akan kekurangan tenaga kerja tapi ak rasa bayaran untuk ak bekerja sambil BERDIRI sepanjang hari sebanyak 50 sen untuk satu jam,, aku rasa sangat tak berbaloi! sungguh ! (x nk la mention keje ap, x de mood!)


So,, nampak x betapa susahnya nak carik duit? 'susaahhh.....' aku tolong jawabkan, x pe.. so tolong la anak2, remaja remaji, saudara saudari kat luar sana jangan tahu asyik nak menyusahkan mak ayah korang.. hargai mereka yg dah mengkal mengkil membanting tulang 4 kerat mereka untuk memberi rezeki yg halal untuk disuap ke mulut kamu dan adik beradik kamu.. hargai mereka,,HARGAI! x de susah mane pon.. buat benda kecik macam sambut mak ayah dengan senyuman bila mereka balik kerja pun kadang2 da cukup nk buat hati mak ayah tu kembali semangat. x susah kan..? so, ayuh lepas ni kte same2 cuba buat ok... moga Allah redha...




p/s : yang baik datang daripada Allah, yang buruk dari diri saya sendiri..tataa :))

Wednesday, 26 March 2014

Gadis Kecil di Pinggir Gaza

Bismillahirrahmaanirrahim,




Okehh,,hari ni tertarik sangat nak kongsi cerita pasal novel Gadis Kecil di Pinggir Gaza ni. sebenarnya baca novel ni memang dah jadi hobi aku sejak skolah rendah lagi sbb time tu akak2 ak semua yg skola menengah da mula berjinak2 dgn novel2 ni hah. so sikit sebanyak aku pon turut terkena tempias asyiknya membaca novel sampai lebam bijik mata x tido.

Tapi time tu mana ada usik novel2 islamik ni..zaman jahiliyyah kann..atas rak semua berderet novel cinta je. x cukup kakak2 ak beli,,aku pon join same konon2 gigih tambah koleksi atas rak tu. cakap jela novel ap femes dulu2? semua aku hado! ishhh,,membazir gila..

ok sambung cte pasal novel ni, sebenarnye novel ni kawan ak yg blanje. dapat baucer buku kan..haruslah dikongsi bersama dgn org yg melopong x dpt ni. so, untuk menghargai pemberian dye tu ak pilih la novel2 yg islamik2 sikit. org belanje kan x kan nk amik yg laghah2..ehh kau ni!

So dengan penuh keterujaan mlm tu jugak ak mula belek2 buku tu (padahal kat popular tadi dah belek 2 jam!)..bace sikit2 biodata pengarang n segala tulisan yg ada kat kulit buku tu. jujur ak sebenarnya tertarik nak beli buku ni sebab ak nampak ada sedikit coretan dari kak Wardina Safiyyah kat kulit buku tu..serius rasa serba salah kalau kte belek je dan x bace! ok bunyik dye begini..

" Kita perlu ambil tahu kerana sejarah Palestin ada kena mengena dengan setiap Muslim. Bumi Anbiya', dimana para Nabi, para sahabat berjalan dan berdakwah berkurun lamanya. Ambil peduli wahai Muslimin Muslimat." - Wardina Safiyyah Fadlullah

Jadi ak memang rasa ak perlu sangat ambil tahu pasal sejarah dan apa sebenarnye yg berlaku kat Palestin sekarang. sebab sebelum ni kte semua ( terutama akulah) hanya tahu yang bumi Palestin dijajah oleh kuasa Israel laknatullah dengan kejam dan mereka sangat menderita. tapi kita tak cukup tahu bagaimana mereka menderita dan betapa tabahnya mereka!

novel ni menceritakan pasal seorang kanak2 perempuan yg bernama Palestin berumur 11 tahun dan pada usia semuda tu dia sudah hidup sendiri. ibu dan adik beradiknya telah terkorban dalam pengeboman zionis manakala ayahnya dikhabarkan sudah berada dalam tawanan zionis. so Palestine tetap semangat meneruskan hidup dengan satu matlamat iaitu untuk mencari ayahnya.

Jujur kata kalau korang bace buku ni,, x yah banyak la.. 1-2 bab je air mata korang da boleh tadah buat cuci muka sebelum tidur. kalau teruskan pembacaan hingga ke bab 20 insyaAllah cukup untuk buat komoh2 berus gigi sekali. sedih sangat tersangat sangat. tabik betul pd penulis novel ni, kak Vanny Chrisma W. sebab bila kte bace betol2 rasa mcm kte kat tempat orang2 Palestin ni. rasa marah yg membuak2 pada Israel laknatullah ni jgn cakap lagi la..memang rasa macam aiii....@#$%&!

lagi satu aku nak tekankan, banyak pengajaran yg kte boleh kte dapat dan contohi daripada sikap mereka rakyat di Palestin yg diceritakan dlm novel ni..ketahuilah kita bahawa kte kat Malaysia ni hidup terlalu senang....terlalu! oleh itu,bersyukur lah dengan kehidupan kte sekarang ni dan jangan terlalu selesa. sebab kte kene ingt.. Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara antaranya adalah melalui kesenangan yang diberikan. ingat tuu..Allah nak tarik balik nikmat Dia bila2 masa je..

okayy,,habis dah cerita. aku harap dengan penerangan yg ala kadar dan x berapa nk semenggah ni dpt suntik keterujaan korang sampai terlompat2 sbb x sabar nak bace buku ni. hehee .. ehh btw buku ni x mahal ponnn.. RM18 je dan kalau uolss ada member card popular tu..haaa mesti dpt lagi murah punya!


p/s : maaf sekiranya ada tersalah bahasa dan kata. Yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang daripada diri aku sendiri.. wassalam :)